LAMAN UTAMA | NOTA | ARTIKEL & PAUTAN | FORUM | IKLAN & PROMOSI | HUBUNGI | BLOG

 

 

 

PANDUAN PROGRAM KESIHATAN GEROMPOK

KAMBING/BIRI-BIRI

 

 

DEFINISI

 

Program pengeluaran dan kesihatan ternakan terancang. Gabungan aktiviti pengurusan ternakan dan aktiviti veterinar berjadual yang dijalankan untuk mengekal kesihatan ternakan ditahap optimun bagi mencapai pengeluaran optimun

 

 

OBJEKTIF

  • Mengekalkan kesihatan dan pengeluaran ternakan ditahap lebih cekap untuk mendapat pulangan ekonomi yang maksimun.

  • Mengawal, mencegah dan membasmi penyakit-penyakit merbahaya kepada ternakan dan memberi kesan ke atas ekonomi

  • Mengurangkan ketahap minimun pencemaran alam sekitar oleh sisa hasilan ternakan dan mencegah penyakit zoonatik.

SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM KESIHATAN GEROMPOK

 

1.       Bleeding (Pengambilan sampel darah) 

2.       Deworming  (Pemberian ubat cacing)

3.       Vaccination  (vaksinasi/imunisasi)                                 -    

4.       Pemberian Nombor Pengenalan

5.       Dehorning (membuang tanduk)

6.       Hoof-trimming (memotong kuku)

7.       Footbathing

8.       Deticking (nyahkutu)

9.       Fecal Egg Count (FEC) - Sampel tinja

 

 

AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM KESIHATAN GEROMPOK

 

1.       PENGAMBILAN SAMPEL DARAH

 

Tujuan :

Sampel serum - diuji untuk saringan penyakit Brucellosis, Caseous Lymphadenitis (CLA)

dan Melioidosis

 

Kumpulan sasaran:

Ternakan berumur 9 bulan ke atas

 

Kekerapan: 2 kali setahun (setiap 6 bulan)

 

Kaedah

  • Melalui Vena Jagular

  • Peralatan - jarum venojectä, pemegang venoject, tiub venoject  plain dan perlatan- peralatan lain yang berkaitan.

 

 

Nota

  • Bagi saringan penyakit Brucellosis sampel darah diambil untuk ujian serology menggunakan ujian:

       

  1. Rose Bengal Precepitation Test (RBPT) - (dilakukan di lapangan)

  2. Complement Fixation Test (CFT) - (sampel darah dihantar ke VRI, Ipoh)

  3. Ternakan yang positif terhadap ujian ini hendaklah disingkir.

 

 

2.   Pemberian Ubat Cacing

 

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur 6 - 8 minggu ke atas

 

Kekerapan

  • Bergantung pada bebanan cacing iaitu berdasarkan Fecal Egg Count /F.E.C(rujuk Interpretasi kiraan telur cacing pada tinja bebiri, m.s. 2) serta tanda-tanda klinikal pada ternakan yang dijangkiti. Untuk cacing pita pemberian ubat cacing hendaklah berpandukan kepada kehadiran segment cacing pada tinja.

 

Kaedah

  • Secara oral, suntikan atau  pour-on

 

 

Nota

 

  1. Gunakan ubat cacing yang paling berkesan

  2. Selepas pemberian ubat cacing, bebiri hendaklah disimpan di dalam kandang semalaman (24 jam) untuk memastikan najis-najis yang membawa cacing dan telur tidak mencemarkan pastura (rumput ragutan).

  3. Seterusnya bebiri hendaklah dilepaskan ke padok/kawasan ragutan yang bebas daripada telur/larva cacing atau sekurang-kurangnya pastura yang tidak diguna selama 6 minggu.

 

INTERPRETASI KIRAAN TELUR CACING PADA TINJA BEBIRI

 

 

 

 

Spesis Cacing

Telur per gram tinja

 

Darjah infeksi

Ringan              Sederhana                   Berat

 

Mix infestation

 

Mixed Haemonchus absent

 

Haemonchus

 

Ostertagia

 

Trichostrongylus axei

 

Trichostrongylus spp.

 

Nematodirus

 

Strongyloides

 

Gaigeria pachycelis

 

Chabertia Ovina

 

Oesophagustomum columbianum

 

Fasciola hepatica

 

1000                                                2000

 

 500                     1000

 

    100- 2500         2500-8000            8000

 

      50-200           200-2000              2000

 

                                                      3000

 

      100-500         500-2000               2000

 

      50-100           200-800                 800

      

                                                      1000

 

     100-200           200-800                800

 

                                                      1000

 

    100-1000         1000-3000               3000

 

    50-200              200-500                500

 

 

3VAKSINASI

 

 a. Vaksinasi Penyakit Clostridium

 

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur 6 bulan ke atas

  • Ibu bunting 6 hingga 2 minggu sebelum beranak*

 

Kekerapan

  • Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu

  • Dos kedua 2 minggu selepas dos pertama                        

  • Dos booster setiap tahun

 

Kaedah

  • Suntikan sub-cutenous (bawah kulit)

 

Nota

Untuk memberi imuniti kepada anak bebiri terhadap penyakit Lamb Dysentry yang boleh menyebabkan kematian ketika berumur 2 - 3 hari. Penyakit ini disebabkan oleh Clostridium perferinges Type B.

 

 

 

 

 

b)     Vaksinasi Pasteurellosis

 

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur 6 minggu ke atas

 

Kekerapan

  • Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu

  • Dos kedua 2 minggu selepas dos pertama                         

  • Dos booster setiap tahun

 

Kaedah

  • Suntikan sub-cutenous

 

 Nota 

 Vaksinasi  Pasteurellosis  dan  penyakit Clostridium boleh dijalankan dengan satu 

 suntikan menggunakan vaksin HEPTAVACä

 

 

c)  Vaksinasi Penyakit Buruk Kuku (Foot-rot)

 

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur 6 minggu ke atas

 

Kekerapan

  • Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu

  • Dos kedua 6 minggu dan tidak lewat 6 bulan selepas dos pertama                        

  • Dos booster 2 kali setahun

 

Kaedah

  • Suntikan sub-cutenous

 

      Nota

Vaksin ini boleh diguna sebagai rawatan apabila berlaku wabak dengan  kekerapan suntikan seperti di atas

 

 

d)  Vaksinasi Penyakit Kuku dan Mulut (FMD)

 

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur 6 minggu ke atas

 

Kekerapan

  • Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu

  • Dos kedua 2-3 minggu selepas dos pertama                        

  • Dos booster setiap tahun

 

Kaedah

  • suntikan sub-cutenous

 

Nota

Hanya dijalankan di immune belt iaitu di kawasan sempadan Malaysia/Thailand dan di tempat yang diistiharkan kawasan wabak

 

 

4.  MEMBERI NOMBOR PENGENALAN

 

Tujuan

  • Mengetahui umur

  • Baka

  • Memudahkan membuat pemilihan dan rekod seperti rawatan, kematian, pemindahan dan lain-lain yang berkaitan

 

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur kurang 10 hari

 

Kaedah

  • Tagging, tattoing

   

5.  MEMBUANG TANDUK

 

    Tujuan

  • Mengelak kecederaan pada anggota sendiri apabila tanduk tumbuh menghala ke kepala/badan

  • Mengelak kecederaan pada ternakan lain dan pekerja yang terlibat

  • Memudahkan kerja-kerja mengetam wul

 

     Kumpulan sasaran

  • Peringkat baru lahir (1 minggu)

  • Peringkat dewasa

 

    Kaedah

  •      Peringkat baru lahir

  • Menggunakan Dehorning Paste bagi mematikan tisu tanduk dan tanduk tidak akan tumbuh

 

  • Peringkat dewasa

    Menggunakan embrytome wire dengan pemegang. Potong lebih kurang 2" bagi jantan dan 1" bagi betina untuk mengelak pendarahan dan lubang yang menggalakan jangkitan penyakit. Guna Coal Tar @ benzoit dan kapas jika ada pendarahan

 

 

6. MEMOTONG KUKU

 

     Tujuan

  • Membolehkan bebiri bertapak dengan baik, kemas dan berjalan jauh untuk meragut.

  • Membolehkan pejantan memanjat/mengawan dengan sempurna

  • Mengelak pengumpulan kekotoran dalam kuku panjang dan tisu yang reput  yang menggalakkan jangkitan kuman seperti penyakit foot-rot.

 

     Kumpulan sasaran

  • Semua ternakan yang berkuku panjang terutama kumpulan dewasa yang dipelihara secara intensif (berkurung)

 

     Kaedah

  • Kuku dipotong rata menggunakan alat seperti  foot-rot shear dan hoof paring knife

  • Mudah dipotong sekiranya bebiri dalam posisi duduk dan jika bilangan bebiri banyak  crush dan cradle elok digunakan.

 

 

 

 

7.  FOOTBATH

 

     Tujuan

  • Mengawal penyakit Foot-rot

 

     Kumpulan sasaran

  • Semua ternakan selepas cerai susu

 

     Kekerapan

  • 2 kali seminggu

 

 

 

     Kaedah

  • Menggunakan larutan 3% formalin

  • Untuk rawatan kepekatan larutan formalin boleh ditambah sehingga 5% dan boleh dilakukan setiap hari

  

 

8.         NYAHKUTU (DETICKING)

 

     Tujuan

  • Menghapus/mengurangkan ekto-parasit

  • Mengelak jangkitan penyakit bawaan vektor

 

     Kumpulan sasaran

  • Semua ternakan

 

     Kekerapan

  • Bergantung kepada bebanan kutu

 

    Kaedah

  • Menggunakan tikisid (tickicide) yang paling berkesan.

        Sama ada secara mandian (dipping, spraying), pour-on atau suntikan

 

 

 

9.       FECAL EGG COUNT (F.E.C.) - SAMPEL TINJA

 

     Tujuan

  • Saringan bebanan cacing dan endo-parasit lain pada bebiri/kambing

  • Memantau keperluan program pemberian ubat cacing dan parasitisid (parasiticide) lain

 

     Kumpulan sasaran

  • 10% daripada jumlah ternakan

 

 

    Kekerapan

  • 2 minggu sekali

 

     Kaedah

  • Mengambil 2 gram tinja daripada rektum

  • Hantar ke makmal untuk pengiraan bilangan telur cacing (F.E.C.)

 

 

 

adakah kandungan dalam laman web dodon.org memberikan manfaat kepada anda??

berikan komen anda disini

 

          anda adalah pelawat yang ke: 

  Free Web Site Counter
Free Counter