|
PANDUAN PENYEDIAAN
RANCANGAN PERNIAGAAN /
KERTAS KERJA
Bantuan buat kertas
kerja
KLIK SINI!
PENGENALAN
Apa itu Rancangan Perniagaan
Rancangan
perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan
keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak
dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.
Rancangan
Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja,
kertas Projek atau Prospektus.
Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?
1. Memberi
peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea
atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
2. Memberi
gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan
berdaya maju atau tidak.
3. Membantu
usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan
mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan
sistematik dan lebih jelas.
4. Meyakinkan
pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak
dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau
pembiayaan.
5. Memberi
maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah
yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek
perniagaan terbabit.
Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?
1.
Usahawan/Penternak
-
Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih
mendalam.
-
Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.
- Untuk
tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.
2. Institusi
Kewangan/pelabur
- Untuk
menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui
pinjaman,
skim khas atau
pelaburan rakan kongsi.
3. Pembekal
-
Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan
perancangan
pernaigaan
kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara
kredit.
4. Kakitangan
- Untuk
memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya
pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan
serta peranan
mereka.
5.
Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)
- Untuk
meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau
sebutharga
bahawa
perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan
baik
dan
berterusan
Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan
1.
Muka surat hadapan Rancangan
Perniagaan
-
Nama perniagaan/projek
-
Tujuan rancangan perniagaan
-
Nama syarikat, alamat dan lain-lain
- Nama
orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan
2.
Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian
utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta
bilangan muka surat yang berkaitan
3.
Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)
Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan
1.
Pengenalan & Ribgkasan Eksekutif
2.
Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja
3. Latarbelakang
perniagaan
4. Latarbelakang
ahli kongsi
5. Kedudukan
Projek
6. Objektif
Projek
7. Rancangan
Pentadbiran
8. Rancangan
Operasi
9. Rancangan
Pemasaran
10. Rancangan
Kewangan
11. Penutup
12. Lampiran
(Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)
Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja
Bahagian 1 - Pengenalan
Bahagian
pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan
bidang perniagaan yang akan diceburi.
Bahagian kedua
pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan
gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang
ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu
memberikan maklumat-maklumat berikut:-
i. Nama
Syarikat
ii. Jenis
perniagaan yang diceburi
iii. Nama
dan lokasi/alamat perniagaan
iv. Status
dan saiz projek
v. Produk
vi. Peluang,
pentadbiran, pemasaran dan perancangan
vii. Anggaran
kos projek.
Bahagian 2 -
Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas
Kerja
Bahagian ini
perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan
disediakan, contohnya;
i.
Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan
atau yang berkaitan.
ii.
Merancang perlaksanaan projek.
iii.
Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
iv.
Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.
v.
Lain-lain.
Bahagian 3 - Latarbelakang
Perniagaan
Bahagian ini
membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan
yang dicadangkan seperti:
i. Alamat
Alamat
perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat.
Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak
berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
ii. Bentuk
perniagaan
Boleh membuat
pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian
Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh
juga digunakan.
iii. Tarikh
dan Nombor Pendaftaran.
Ini hanya
sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan
yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini
atau masih dalam proses pendaftaran.
iv. Modal
Permulaan
Ini merupakan
jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan
berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.),
perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar
perniagaan.
v. Bank
Nyatakan Bank
pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya
bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan
pinjaman.
Bahagian 4 –
Latar Belakang Rakan Kongsi /
Pemegang saham
i. Nama
penuh
ii. No.
kad pengenalan
iii. Tarikh
lahir
iv. Umur
v. Alamat
Tetap
vi. No
telefon
vii. Taraf
perkahwinan
viii.
Kelulusan akedemik
ix. Kursus
yang pernah dihadiri
x. Kemahiran
xi. Pengalaman
xii.
Pekerjaan sekarang
xiii.
Perniagaan yang pernah diceburi.
Bahagian 5 –
Kedudukan Projek
Lakaran/plan
menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.
Bahagian 6 –
Objektif Projek
Membincangkan
objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada
objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang
perniagaan.
Bahagian 7 -
Rancangan Pentadbiran
i. Pentadbiran
ii. Carta
Organisasi
iii. Senarai
jawatan dan bilangan Pekerja
iv. Spesifikasi
Tugas
v. Jadual
Imbuhan Balas jasa/ gaji
vi. Senarai
Keperluan Pejabat
vii. Perbelanjaan
Pentadbiran
a.
Perbelanjaan aset
b.
Perbelanjaan bulanan
c.
Lain-lain perbelanjaan
Bahagian 8 - Rancangan Operasi
1. Carta
aliran Proses
Nyatakan
langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk
penyediaan perkhidmatan berkenaan.
Proses ini
dipersembahkan dalam carta proses kerja.
2. Unit
pengeluaran / jam operasi
Nyatakan hasil
operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian
projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah
dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
3. Keperluan
bahan
Senaraikan
bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan
belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan
pembekalnya.
4. Tenaga
Kerja
Senaraikan
keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan
status pekerja berkenaan.
5. Mesin
dan peralatan
Senaraikan
mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian
selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan
sumber pembekal mesin.
6. Susun
atur Ruang Operasi
Nyatakan
faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun
atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi
perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.
7. Lokasi
Nyatakan
kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa
atau beli.
8.
Overhead operasi
Ini termasuk
kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang
perlu sebagai penggerak proses operasi.
9. Perbelanjaan
Operasi
Rumuskan segala
perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut
kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan
lain-lain perbelanjaan.
Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran
1. Barangan
atau perkhidmatan yang ditawarkan
Nyatakan dengan
jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada
pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau
kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan
2. Sasaran
Pasaran
Nyatakan
profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih.
Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau
segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
3. Saiz
Pasaran
Langkah ini
adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz
pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya
sekali.
4. Pesaing-pesaing
utama
Kenalpasti dan
pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing
dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.
5. Kekuatan
dan kelemahan pesaing
Untuk semua
pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
6. Syer
pasaran
Dari
maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran
atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.
7. Ramalan
Jualan
Sediakan
pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan.
Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun
berikutnya.
8. Strategi
Pemasaran
i. Strategi
Barangan
Reka bentuk
barangan atau penjelasan pekej
Corak
pembungkusan dan jenama berkaitan.
ii.
Strategi Promosi
Bentuk Promosi
yang dicadangkan
iii.
Strategi harga
Harga seunit
yang dicadangkan.
iv. Strategi
edaran
Corak
pengedaran yang dicadangkan.
Kenderaan atau
kakitangan pemasaran.
Bahagian 10 - Rancangan Kewangan
Rancangan
Kewangan merangkumi bahagian berikut:
1.
Kos
pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek
2.
Penyata-penyata kewangan:
i.
Aliran wang tunai
ii.
Penyata pendapatan
iii. Kunci
kira-kira
iv. Jadual
pembayaran hutang jangka panjang.
v. Kos
pelaksanaan Projek
vi. Pelaburan
aset tetap:
Termasuk
semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan
harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.
vii.
Modal Pusingan:
Merangkumi
perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi
viii. Lain-lain
perbelanjaan:
Seperti deposit
sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran
pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)
3. Sumber
Pembiayaan Projek (SPP)
i. Modal
sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk
tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah
aset.
ii. Pinjaman
bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.
iii. Sewa
beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin
operasi peralatan dan kenderaan)
4. Prestasi
penyata Aliran Wang Tunai
Penyata Alir
wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun
pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara
tahunan sahaja.
5. Prestasi
Penyata Pendapatan
Prestasi
penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata
aliran wang tunai.
6.
Prestasi Kunci kira-kira
Penyata ini
juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.
7. Analisis
Daya Maju Kewangan
Dari jadual
Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.
Diantara
petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan
ialah:
i. Nilai
kini bersih
ii. Kadar
Pulangan dalaman
iii. Nisbah
faedah kos
iv. Tempoh
pulang modal
Nilai kini bersih
Nilai kini
bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu
kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini
tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih.
Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau
positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.
Kadar Pulangan Dalaman
Kadar pulangan
dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa
Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan
kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.
Nisbah Faedah Kos
Ia merupakan
petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan
membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini
jumlah kos.
Tempoh Pulang Modal
Merupakan
tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan
projek.
Untuk
menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri
tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka
pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .
Contoh-Contoh
Jadual
Contoh
Jadual jawatan dan bilangan pekerja.
|
Bil |
Jawatan |
Bil pekerja |
|
1 |
Pengurus |
1 |
|
2 |
Kerani
kewangan |
2 |
|
3 |
Pekerja
Ladang |
4 |
Contoh jadual
Spesifikasi Tugas
|
Jawatan |
Tanggungjawab |
|
Pengurus |
-
Menyelia
operasi ladang.
-
Koordinasi
tugas tanggungjawab pekerja.
|
|
Kerani
Kewangan |
1.Pembayaran
gaji pekerja
2.Merekod
wang masuk dan keluar.
|
Contoh: jadual Gaji
dan Caruman Pekerja Pentadbiran
|
Jawatan |
Bil. Pekerja |
Gaji Bulanan |
KWSP |
PERKESO |
JUMLAH |
|
Pengurus |
1 |
3500.00 |
350.00 |
150.00 |
3900.00 |
|
Kerani |
2 |
750.00 |
75.00 |
50.00 |
875.00 |
|
|
|
|
|
|
|
Keperluan Pejabat
Contoh: Senarai
perabut dan peralatan pejabat
|
JENIS |
BILANGAN |
Jumlah RM |
|
1.Perabut
Pejabat |
1 set |
1000.00
|
|
2. Komputer |
2 unit |
5000.00 |
Perbelanjaan
Pentadbiran
|
Butir |
Perbelanjaan
Harta
(RM) |
Perbelanjaan
(bulanan) RM |
Lain-lain
Perbelanjaan (RM) |
|
1. Perabut
Pejabat |
1000.00 |
|
|
|
2. Komputer |
5000.00 |
|
|
|
3.Gaji dan
caruman |
|
4775.00 |
|
|
4.
Pendaftaran dan kertas kerja |
|
|
2500.00 |
Jadual Ramalan Jualan
Tahun Pertama
|
|
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
Jumlah |
|
Ramalan
Jualan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadual Perbelanjaan
Pemasaran
|
Butir |
Perbelanjaan
harta (RM) |
Perbelanjaan
Bulanan (RM) |
Lain-lain
Perbelanjaan (RM) |
|
1.Kenderaaan
(van)
|
40000.00 |
|
|
|
2. Promosi |
|
100.00
|
|
|
3. Insuran
dan cukai jalan |
|
|
500.00 |
Jadual Keperluan
Bahan Mentah
|
Jenis Bahan |
Kuantiti
Digunakan |
Stok simpanan |
Harga seunit |
Jumlah belian |
|
1. Jagung |
100 kg |
100 kg |
0.40 |
80.00 |
|
2. soya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadual Gaji dan
Caruman Pekerja Operasi
|
Jawatan |
Bil.
Pekerja |
Gaji
Bulanan |
KWSP |
PERKESO |
JUMLAH |
|
Penyelia |
2 |
3000.00 |
300.00 |
150.00 |
3450.00 |
|
Pekerja |
4 |
2400.00 |
240.00 |
100.00 |
2740.00 |
|
|
|
|
|
|
|
Jadual mesin dan
peralatan
|
Jenis |
Harga |
Bilangan |
Jumlah Harga |
|
1. Chopper |
5000.00 |
1 |
5000.00 |
|
2. Otomatik
drinker |
12000.00 |
1 |
12000.00 |
|
|
|
|
|
Perbelanjaan
Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi
|
Butir |
Perbelanjaan
Harta (RM) |
Perbelanjaan
(bulanan) RM |
Lain-lain
Perbelanjaan (RM) |
|
1. Chopper |
5000.00 |
|
|
|
2.otomatik
drinker |
12000.00 |
|
|
|
3.Gaji dan
caruman |
|
6190.00 |
|
|
4.
|
|
|
|
Contoh Kos Perlaksanaan Projek
1. Perbelanjaan
harta
- (Pelaburan Aset
Tetap )
----------------------
2. Perbelanjaan
Bulanan
- (modal
pusingan)
----------------------
3.
Lain-lain
perbelanjaan
----------------------
4.
Belanja
Luar Jangka
----------------------
Jumlah Kos
Projek
----------------------
Sumber Pembiayaan
Projek
-
Modal
sendiri
----------------------
-
Pinjaman
---------------------
-
Sewa
beli ----------------------
-
Lain-lain (termasuk
geran kerajaan)
----------------------
Jumlah sumber
Pembiayaan
----------------------
Contoh :
Prestasi Penyata pendapatan Syarikat
ABC
Pada
tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap
tahun)
|
|
2002 |
2003 |
2004 |
2005 |
|
Hasil |
|
|
|
|
|
Jualan |
100,000 |
100,000 |
100,000 |
100,000 |
|
- kos Barang
dijual |
70,000 |
70,000 |
70,000 |
70,000 |
|
|
|
|
|
|
|
Untung kasar |
30,000 |
30,000 |
30,000 |
30,000 |
|
-
Belanja-belanja |
|
|
|
|
|
Pentadbiran |
5,000 |
5,000 |
5,000 |
5,000 |
|
Pemasaran |
3,000 |
3,000 |
3,000 |
3,000 |
|
Kewangan |
1,000 |
1,000 |
1,000 |
1,000 |
|
Jumlah
Belanja |
9,000 |
9,000 |
9,000 |
9,000 |
|
Untung
Bersih |
21,000 |
21,000 |
21,000 |
21,000
|
Contoh Prestasi Kunci
kira-kira
Sediakan satu
prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan
Pada setiap tahun
yang berakhir pada :
|
Tahun |
2002 |
2003 |
2004 |
2005 |
|
Aset Tetap |
|
|
|
|
|
Kenderaan |
50,000 |
45,000 |
40,000 |
35,000 |
|
-
susut nilai
|
5,000 |
5,000 |
5,000 |
5,000 |
|
Jumlah |
45,000 |
40,000 |
35,000 |
30,000 |
|
Perlalatan
|
50000 |
45,000 |
40,000 |
35,000 |
|
-
susut nilai |
5,000 |
5,000 |
5,000 |
5,000 |
|
Jumlah |
45,000 |
40,000 |
35,000 |
30,000 |
|
Aset Semasa |
|
|
|
|
|
Tunai |
15,000 |
20,000 |
25,000 |
30,000 |
|
Si
berhutang |
10,000 |
10,000 |
10,000 |
10,000 |
|
Stok
bahan mentah |
5,000 |
5,000 |
5,000 |
5,000 |
|
Stok
akhir |
10,000 |
10,000 |
10,000 |
10,000 |
|
Jumlah |
40,000 |
40,000 |
40,000 |
40,000 |
|
JUMLAH
ASET |
130,000 |
130,000 |
130,000 |
130,000 |
|
|
|
|
|
|
|
Ekuiti |
|
|
|
|
|
Modal
sendiri |
10,000 |
10,000 |
10,000 |
10,000 |
|
Untung
Bersih |
21,000 |
21,000 |
21,000 |
21,000 |
|
Jumlah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Liabiliti
|
|
|
|
|
|
Baki
Pinjaman |
90,000 |
90,000 |
90,000 |
90,000 |
|
Pemiutang |
9,000 |
9,000 |
9,000 |
9,000 |
|
Jumlah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JUMLAH
EKUITI dan LIABILITI |
130,000 |
130,000 |
130,000 |
130,000 |
Bahagian 11 –
Penutup / Kesimpulan
Kesimpulan
keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.
Harus menunjukkan
keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.
Bahagian 12 -
Lampiran
(Dokumen-dokumen sokongan)
Contohnya:-
1. Surat
sebutharga
2. Sijil
kursus
3. Surat
sokongan pihak tertentu
4. Surat
dapat tender
5. Sijil
pendaftaran syarikat
6. Salinan
permit/lesen
7. Surat-surat
kepujian
8. Bukti
modal sendiri
9. Salinan
surat Cagaran
10. Salinan geran
tanah (sekiranya berkaitan)
Bantuan buat kertas
kerja
KLIK SINI! |